Daisypath Friendship tickers

DOOJOON

HYUNSEUNG

JUNHYUNG

YOSEOB

GIKWANG

DONGWOON

Wednesday 1 June 2022

SUATU HARI NANTI





Kenangan yang lama mengimbau semula di fikiran, 
Sejak menjadi dewasa, aku baru sedar kesilapan dan kekhilafan ku yang dulu,
Terasa perit hati yang di alami terdetik di dada. 
Namun setiap yang berlaku hanya penyinggahan yang indah, 
Aku membesar dengan baik walaupun berseorangan, 
Tidak, aku bukan berseorangan. 
Hanya mampu tersenyum melihat telatah dan gelagat mereka.
Terfikir sejenak bagaimana aku yang dulu begitu berlainan dengan sekarang?
Pelbagai memori mengimbas di kepala dan terbit sebuah penyesalan,
Namun kini aku baik-baik sahaja,
Semua yang berlaku adalah dugaan buatku dan 
aku begitu teguh dan tabah menghadapinya. 
Mahu aku menjejakkan kaki ke sana iaitu sekolah lama ku,
tetapi tidak tergerak kaki ku untuk melangkah. 

Pulang, 
Aku menuju pergi meninggalkan kedai dan melangkah pulang, 
Hari ini pastinya menjadi sebuah memori buat ku nanti, 
Tidak terlintas di fikiran yang aku akan merindukannya, 
Kerana pengakhiran ku dulu adalah buruk,
Meninggalkan memori yang sakit.
Tetapi aku redha atas semua yang berlaku walaupun pastinya aku mahu 
membuat sebuah perubahan jika aku mampu, 
Jika aku mampu, 
Aku mahu hidup seperti remaja yang lain, 
Menikmati kehidupan yang normal tanpa teragak-agak,
Mahu gelak ketawa dan bergembira tanpa ada yang perlu di risaukan.
Mahu bermain dan bersuka ria, 
Mahu mempunyai impian besar dan cita-cita.

Andai kata aku mampu mengubah semua itu, 
Mungkin apa yang aku ada sekarang pun akan berubah.
Hiduplah dengan apa yang ada, 
Semua yang berlaku ada proses nya,
Mungkin harini aku kecewa, sedih dan kesunyian,
Tetapi suatu hari nanti mungkin aku akan bahagia dan bangga dengan kehidupan yang ada.
Berubahlah untuk kehidupan pada masa akan datang,
Akan datangnya sesuatu yang akan membuatku bahagia,
Mungkin bukan sekarang, bukan pada harini ataupun esok,
Tapi SUATU HARU NANTI 💜


No comments:

Post a Comment